CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 9, 2012

*My Soulm@te*: RAJA DI HATI ~2~

*My Soulm@te*: RAJA DI HATI ~2~: Qis....apa yang di menungkan tu...?! teguran kak linda mematikan segala kenangan ku pada seseorang yang  pernah dan sentiasa bertakhta...

Saturday, April 7, 2012

RAJA DI HATI ~ 1~



Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhirA

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya



Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku

Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya



Hati ini makin sayu mendengar bait-bait lagu dari penyanyi alyah yang bertajuk kisah hati. Bait-bait lagu itu mengambarkan diriku yang sedang kecewa kerna kehilangan cinta. Hati ini ingin melupakannya, namun semakin aku cuba untuk melupai semakin dekat dia di hati ini.

Segala kenangan aku dan dia semakin berlegar ni benakku...

"Sayang...saya janji walau apa jua yg berlaku saya tak akan pernah tinggalkan sayang."

"Janji?Janji yang walau seteruk mana pun keadaan awak selepas ni, awak tidak akan mengalah dan akan tetap terus berusaha demi saya? pintaku...

"Ya...saya Janji...saya janji saya tetap akan menjadi raja di hati sayamg untuk selamanya." Ujar Ez

Itu lah kata-kata terakhir dan pertemuan terakhir antara aku dan Ez. Tidak aku tahu mengapa selepas pertemuan itu segala call dan mesej ku tidak pernah dia balas. Aku cuba untuk mencarinye dirumah sewa yang didukinya.Namun sekali lagi hati ini menangis bila diberitahu yang Ez telah pindah dari rumah tersebut.

Aku semakin tidak keruan pabila dapat tahu dari kawan-kawannya bahawa dia telah berhenti kerja. Setiap hari aku memohon pada ILLAHI agar dipertemukan aku dengan dia dan supaya dia sihat.Aku risau dengan keadaan dirinya yang menghidapi sakit jantung.Aku takut kehilangan dirinya buat selamanya.

Kini sudah sebulan kehilangan dia.Aku sudah tidak berdaya lagi menangung rindu. Semakin hari aku semakin lemah untuk berusaha mencarinya. Tambahan pula surat yang ku terima pagi tadi seakan-akan jalan untuk aku akhiri penderitaan ini.

"Tahniah...!! permohonan anda untuk melanjutkan pelajaran di United Kingdom  telah berjaya. Segala kos perbelajaan selama dua tahun anda disana akan ditangung oleh biasiswa Mara.

Aku rasakan ini jalan terbaik untuk aku melepaskan dia pergi dengan pergi jauh dari bumi malaysia.

Malam itu semasa aku sedang sibuk packing barang ibuku datang menghampiriku.

"qis,betul ke apa yang qis lakukan ni nak? Ibu tak mahu qis menyesal nanti.Fikir lah baik-baik nak, UK bukan Malaysia kalau apa-apa berlaku ibu tak dapat nak datang sana nak." tutur ibu ku dengan suara yang amat menyentuh hati ku.

" Ibu...qis rasa ini yang terbaik untuk qis. Qis harus rebut peluang ni bu...Qis harap qis mampu ubah nasib keluarga kita bila balik nanti. Qis janji bu, pasni qis akan pastikan kita hidup mewah dan qis harap sangat dapat balas segala jasa penat lelah ibu besarkan qis selama ni"

"Ibu tak nak segala kemewahan itu semua...ibu nak anak ibu kembali,ibu nak qis ceria macam dulu dan nak tengok qis bahagia. Menangis la sayang...lepaskan semua yang terpendam tu."..lirih ibu..

"jiwa qis dah mati bu...qis dah tak dapat jadi macam dulu lagi bu..qis dah tak kuat. Tolong bu,kalau ibu nak tengok qis kuat tolong restu pemergiaan qis ini.? pintaku lalu terus memeluk ibuku...

"Baik lah....ibu izinkan qis pergi...pergi lah kalau itu mampu mengembalikan qis seperti dulu...cum satu pesan ibu...jangan halang hati itu untuk berbicara lagi." ucap ibu sambil meleraikan pelukan ku dan melangkah keluar dari kamar ku.

Aku tahu ibu kecewa dengan keputusan ku.Aku jua tahu ibu terseksa melihat keadaan aku sekarang.Namun aku tidak mampu untuk mengubahnya,

Malam itu aku penuhi dengan melakukan solat sunat tahjud dan hajad.

"Ya ALLAH..Ya tuhanku..aku bermohon dengan teramat sangat.Kuat kan lah hati ini untuk menempuh segala dugaan yang Kau berikan kepadaku.Izinkan aku berjumpa dengan EZ buat kali terakhir...walau apa pun yang bakal berlaku..izinkan lah aku melihatnya..selepas itu aku redha kalau benar dia bukan tercipta untuk ku."Doa ku pada ILLAHI...

Lapangan terbang KLIA..

'Qis ingat pesan ibu ye...jaga kesihatan qis..qis bukan sihat sangat.Makan ubat ikut jadual ye nak..."

"Ibu jangan risau lar...qis janji akan jaga kesihatan.Ibu tu jaga diri.Qis dah  tak da pasni."

"kenapa qis cakap qis tak da dah?Jangan buat ibu risau..Ibu sayang qis sangat" Ada sendu diwajah ibuku..

"Maafkan qis ibu...doakan qis berjaya ya ibu?"

Masa seakan-akan mencemburui kami.Aku terpaksa mengucapkan selamat tingal pada ibu pabila pengumuman masuk telah kedengaan...

"IBu qis pergi dulu...

"Pergi lah sayang...jangan lupa kembali" titp ibuku...

Hati ini terasa sayu pabila penerbangan yang membawa aku ke Uk mula berlepas...

Selamat Tinggal Malaysia...selamat tinggal cinta...

                                                                                                                                           bersambung.....







RAJA DI HATI ~2~



Qis....apa yang di menungkan tu...?! teguran kak linda mematikan segala kenangan ku pada seseorang yang 
pernah dan sentiasa bertakhta di hati ini.

Sambil tersenyum aku lantas menggelengkan kepala ku tanda tiada apa yang perlu di risaukan.
" Tak ada ape la kak qis cuma leka tengok budak-budak tu buat orang salji...cute sangat qis tengok..! luahku agar keresahan hati ni tidak dapat di hidu oleh kakak kesayangan ku ni.

"yela tu..qis jangan nak buat dosa kering tipu akak..macam akak tak tahu ape yang adik akak ni fikirkan."
" Akak jangan risau la ...qis ok la..qis kan adik akak yang kuat lagi cantik dan baik hati...keh keh keh keh..!amboi masuk bakul angkat sendiri pulak aku ni.

"Kuat tu maybe la dan baik hati tu betul..tapi nak habaq mai sikit kat hang..cantik tu akak rasa akak lagi cantik in this world"!!!!! kata kak linda seraya membuat gaya miss world gitu...

Lepas tawa ku melihat telatah kak lin..." Akak kalau bab berangan serah kat akak seorang la...bravo...bravo..."
teriakku sambil menepuk tangan..hihihihiihi macam-macam la akak aku seorang ni..hurm aku akan merindui semua kenangan kami bersama.

" Hah..!!! tengok tu berkhayal lagi adik akak ni..sudah-sudah la qis...sematkan dalam hati tu...mencintai kerna ALLAH kerna kasih sayang itu wujud atas kehendaknya..percaya la dik..kalau dia di takdirkan untuk qis akak percaya dia pasti akan kembali."

Terasa sebak di dadaku mendebgarnye..ye kak qis yakin dia pasti kembali kerna hanya dia raja di hatiku..! Aku kelip-kelipkan mata ku agar tiada lagi air mata hangat yang akan mengalir,cukup la sekadar hanya sekadar aku tangisi dalam hati.

" Tak perlu nak main kelip-kelip mata,menangis la sayang..lepaskan segalanya dan mula la hidup baru." Seraya itu, kak lin menghampiriku dan menarik aku dalam pelukannye..

Aku menangis semahu-mahunya saat itu..aku lepaskan segala yang tersimpan kemas dalam hatiku selama 3 tahun aku di perantauan.Ya ALLAH...tiada ape yang ku pinta selain berilah hambamu ini peluang sekali lagi      
untuk bertemu dengannya buat kali terakhir.

----------------------------

KLIA...

"Qis pasti tak nak tumpang akak?!"

" ya kak..jangan risau la qis ingat lagi jalan kat malysia ni kak..paling kurang kalau sesat pun call je  999.."balasku sambil ketawa seraya memusingkan badanku untuk melangkah pergi.

zapppppp..."aduhhhhhhhhhhh..!!!!!!! " terasa macam air coklat sedang mengalir turun di muka ku..
terkaku aku seketika ibarat terkena renjatan elektrik.

Namun cepat-cepat aku tersedar dari anganku pabila aku mendengar suara riuh rendah orang disekelilingku.Pantas aku membuka mata,sepantas itu juga mataku tertancap pada kelibat seorang lelaki yang merenungku dengan pandangan menjengkelkan.

"You dah buta ke?mata letak kat mana?letak kat lutut ke atau dekat kaki?" katanya dengan nada kasar.

 Aik????!!!! jap aku dah blurr sekejap..bukan aku ke yang sepatutnya tanyakan soalan tu..Esh tak boleh
jadi ni.




Monday, May 30, 2011

Kerja???

salam...
cuti sem bermula,so bermula la hari2 ku kebosanan dirumah...aku pun mula la menyibukkan diri ku dengan mencari kerja part time....

syukur alhamdulilah aku ditawarkan kerja sebagai sales gurl di pasarraya berdekatan rumahku.masa 2 perasaan aku happy sgt sbb bakal dapat duit sendiri dan dah xsabar2 nak mula kerja esok...

hari yg dinanti2kan tiba...pagi 2 aku bangun awal sebab berkobar2 nak kerje...bila sampai ditempat kerje sumenye bermula dengan baik...aku rasa seronok pada mulanya namun bila pagi dah berganjak ke tengah hari aku mula rasa bosan...sebab keje aku banyak duduk je menunggu customer....

Masa 2 aku rasakan 1jam seperti 1 tahun lamanye huhuhu....masa 2 aku rasakan jiwa aku memang xdapat nak sesuaikan diri aku dengan kerja ni...nak dijadikan cerita bila time balik 2 aku rasa mcm bebas sgt.aku balik 2 aku pikir betol2 samada nak teruskan or x?aku mtk pendapat kawan2 aku....dan akhirnye aku wat keputusan tok xmeneruskan kerje ni...

Tiada penyesalan aku rasa pas wat keputusan 2 sbb bagi aku untuk apa aku teruskan kerje ni jika hati aku xikhlas bila wat kerje...sekarang aku faham kenapa ada org yg berhenti semata2 kerje 2 xsesuai dgn mereka.bukan kerna memilih tapi kerna jika diteruskan juga belum tentu kita mampu menghasilkan mutu kerje yg bagus sbb hati kita xikhlas melakukan kerje tersebut....so aku harap owg lain bijak memilih kerje yg bersesuaian dgn diri mereka.

Thursday, March 10, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA...

  
Kali ni aku nak review filem lak....Hikayat merong mahawangsa.....di terbitkan oleh KRU group....aku tak nafikan kesan visual cerita ni memang superb dan memang amat membangga kan bila melihat ade anak melayu yg mampu menghasilkan visual mcm 2...rasa macam aku tgk citew Hollywood lak...

ok cukup pasal kesan visual...yg aku nak perkatakan sekarang ni jalan ceritanye....bagi aku perjalanan cerita ni agak perlahan...tp ni pandangan aku la....kalau la boleh tambahkan lagi emosi dalam cerita ni tentu akan lebih menyentuh hati aku...memang aku akui cerita sejarah memang susah nk ubah menepati selera penonton...tapi aku ase kalau ditambah lagi emosi dalam cerita ni mybe lagi bagus..

Ape pun aku nak puji semua pelakon2 dalam filem ni sebab lakonan mereka memang berkesan...walaupun hanye muncul bapew minit  jew pun still beri kesan pada aku...dalam cerita ni aku nak puji lakonan dato rahim razali...dan pelakon yg melakonkan watak panglima dari negara cina dan putera rom...lakonan mereka memang berkesan...tp aku tak kate lakonan pelakonj utama tak bagus...mereka memang bagus dan tak perlu untuk kita nafikan...cuma aku tertarik ngan 3 watak tersebut...

Aku bagi 3 bintang untuk filem ni dan tahniah KRU....

            

Monday, January 31, 2011

Rude Boy...





Slap....hah memang itu la perasaan aku time ingat balik insiden yg berlaku antara aku dan seorang lelaki yg amat xberbudi bahasa,,,,(aduhhhhhh...hangin je rase...)

Kisahnye bermula time aku dan kawan2 aku tgh menunggu ketibaan lecture investment kami..disebabkan cuaca panas dan letih utk menunggu kami pun berehat la seketika di kelas yg bertentangan dgn kelas kami yg berkunci. 

Tengah sedap2 bergosip dgn kawan baik ku tiba2 kami di datangi oleh seorang lelaki....senyuman mesra dan dengan baik hati aku menjawab pabila lelaki itu bertanya..."Ni bukan kelas korang kan?aku dgn sopan santunnye membalas"haah ni bukan kelas kami...kiteorang tumpang duduk jew..."

AgHRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR....itu yg aku rasa bila dengan muka cemberut lelaki itu dengan selamba menjawab" TUMPANG LA SELAGI BOLEH TUMPANG"

What the hell men...aku trus terpaku pabila budak hingusan 2 blah mcm 2 jew ....saakitnye hati ni hanye Allah je tahu time 2....1 minit aku dan kawan2 aku terdiam....clik....bawu aku tersedar yg budak 2 sememangnye rude boy...

Time 2 dgn muka mcm singa lapar ku terus keluar dr kelas 2....aku npk dia besidai kt koridor...time 2 nak je aku lempang dia...tp aku sabarkan hati ni...tapi bila hati aku rase macam nk pecah aku pun ambil keputusan nk bersua dengan budak 2...


1 langkah....2 langkah..3....adush lecture diorang dah masuk pulak...so terpaksa la aku melupakan dendam kesumatku itu....baru aku sedar rupanya...budak 2 budak junior...dan ini makin menambah dendamku padanya sebab dengan berani2nya dia sound kakak senior part 5...

So kepada budak yg ntah pape name 2....or could i call him rude boy?kami tak marah kalaau awk dengan berbudi bahasa menyuruh kami keluar dr kelas  anda...bukan dengn cara orang yg lagaknya xpernah belaja bahasa...huhu (hot2)....

Sunday, January 30, 2011

KASUTku....


Mesti ramai pelik kan knp kali ni post mengenai kasut????????huhu...ni bukan nk lelong kasut tp ade cerita disebalik kasut yg baru ku beli.....( segan lak nk cerita....) huhu...

Nak dijadikan cerita...minggu lepas aku ngadu kat mak aku yg aku dh bermandi hujan sbb kasut ku tapaknye tercabut time aku on the way nk balik ke hostel....so mak aku pun risau la...sbb undang2 kt kolej aku ni kami tak dibenarkan pakai selipar@(selipar jepun yg salu aku pakai)hehehehe.....

So mak aku pun dgn bermurah hatinye membelikan aku sepasang kasut yg aku rase agak keperempuanan...mula2 time aku try tu ok jew kasutnye...THEN....bila tiba esoknye dgn senyuman yg seindah mentari aku pun menyarung kasut tersebut utk ke kolej...(cEwaHH)...huhu...

Di pg yg indah....mentari mula memancar dan disaat aku berbual dgm kwn ku yg aku rase tiap pagi kami akan bergosip...TIBA-tiba.....DUSHHHHHHHHHHHHHHH.....Aduhhhhhhhhhhh....ku rasakan kaki ku sudah mula menjerit kesakitan....Tp demi menimba ilmu....ku teruskan jua perjalanan itu....

Masa kt kelas aku dh jdi mcm owg tempang.....tp aku bertahan....nk dijadikan cerita...Esoknye aku teruskan jua pelajaranku walaupun pada masa itu hanye ALLAH maha mengetahui betapa sakitnye kaki ku melangkah....

At the end of story petang itu juga aku meminta warden asrama menghantarku ke klinik...aku amat terkejut pabila doktor yg merawatku itu memberi aku cuti sagu hati selama seminggu kpdku....Mula2 aku terkejut...sebab faham2 je la kan doktor gov mane la bermurah hati  sgt nk beri cuti skt....Rupa-rupanya....kaki ku telah terseliuh...(bangga lak rase tgk kaki berbalut HUHUHU>>)

Ini la pengalaman pertama dan aku harap yg terakhir,,,,,Dari td aku sibuk menceceh ni sebenarnya nak ingatkan satu je....kepada perempuan2 atau wanita2 di luar sane....pandai2 la memilih kasut yg bersesuaian dgn kaki anda....jangan jadikan kaki anda mangsa keadaan..hehehe...

So skg ni aku dirumah menangung kesakitan dan kebosanan....P/s: jgn memilih kasut yg npk cantik jew kerna kasut yg comel belum tentu comel di kaki anda hahaha....(padan muka aku....ish ish....ish,,,,,sodeh....)